Sejarah Sekolah

Pada tahun 1964, sekolah ini diasaskan dengan dua bilik darjah yang telah dipinjam daripada Sekolah Perempuan Methodist Ipoh.

 

Visi dan Misi

Menjadikan Warga Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong Komuniti Berilmu yang Terbilang Menjelang 2010.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan murid-murid sekolah ini diberi perhatian utama dalam menuntut ilmu dan bimbingan dengan mesra dan penuh kasih sayang.
  2. Memastikan murid-murid diberi bimbingan dan kaunseing serta mendapat penerapan nilai-nilai murni.
  3. Memastian murid-murid mendapat peluang yang sama untuk memperkembangkan bakat dan potensi dalam bidang kokurikulum.
  4. Memastikan murid-murid yang layak diberi segala bantuan dan kemudahan yang disediakan.
  5. Memastikan semua urusan pendaftaran dan pertukaran murid-murid diuruskan segera.
  6. Memastikan jadual waktu berjalan dengan lancar pada hari pertama persekolahan dan berusaha mendapatkan guru secukupnya.
  7. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan personal dari segi lantikan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan jawatan berpencen dan sebagainya mengikut tempoh yang ditetapkan.
  8. Memastikan sesiapa jua yang berurusan dengan sekolah ini dilayan dengan segera dan mesra.
  9. Memastikan sekolah ini sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan layanan kaunter yang mesra serta menentukan segala surat aduan dan rayuan yang bertanggungjawab disiasat serta diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari surat tersebut diterima.
  10. Menerima segala pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan.
  11. Menjalin hubungan yang baik dengan PPD, JPN dan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang lain.